eWakaf

Sila lengkapkan borang di bawah:

You have some form errors. Please check below.
Your form validation is successful!
Maklumat Pendaftaran
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengalu-alukan kehadiran anda. Sistem Wakaf Selangor Online (WSO) menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi memudahkan urusan pengguna. Penggunaan sistem ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan, dan PWS berhak untuk meminda terma dan syarat tersebut dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

Untuk mendaftar ke sistem WSO, sila lengkapkan borang pendaftaran yang disediakan. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi kami di www.wakafselangor.gov.my.

Setelah pendaftaran berjaya, satu e-mel akan dihantar kepada anda bagi tujuan pengaktifan akaun. Sila ikuti arahan yang dinyatakan dalam e-mel tersebut. Pastikan alamat e-mel yang didaftarkan adalah tepat. Sistem WSO tidak bertanggungjawab sekiranya e-mel pengaktifan gagal diterima akibat kesilapan maklumat yang diberikan oleh pengguna.

Semua data dan maklumat pengguna adalah sulit. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan ID pengguna dan kata laluan disimpan dengan selamat. Sistem WSO tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan akaun yang berpunca daripada kecuaian pengguna.

Dengan menekan butang “Saya Setuju”, anda mengesahkan persetujuan terhadap terma dan syarat yang dinyatakan di atas serta bersetuju untuk menerima maklumat dan informasi daripada PWS.